Cari @ Amanz

Nokia akan melancarkan peranti baharu mereka ketika acara MWC Barcelona hujung bulan ini. Rekaan salah satu peranti yang akan dilancarkan telah tertiris menerusi akaun @evleaks pada hujung minggu lalu. Ia menggunakan nama kod Captain Amerika dan mungkin dilancarkan sebagai Nokia 5.2

Peranti mempunyai rekaan hampir semua skrin lengkap dengan takuk kecil pada bahagian atas. Bezel bersaiz sederhana dapat dilihat pada skrin rata yang digunakan. Ia besar kemungkinan hanya sekadar LCD kerana pengimbas cap jari fizikal dapat dilihat pada bahagian belakang. Empat kamera utama disusun di dalam bonjol berbentuk bulat juga pada bahagian belakang.

Menurut @evleaks, peranti juga akan dilengkapi memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 64GB dan akan dijual pada harga $180 (~RM740) bermula Mac 2020.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd