Huawei Mate 30 Pro 5G Akan Dijual Di Malaysia Bermula 7 Februari – Berharga RM4199

Huawei Mate 30 Pro 5G Akan Dijual Di Malaysia Bermula 7 Februari – Berharga RM4199

Diterbitkan pada Feb 3, 2020 oleh .

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan penawaran satu lagi variasi peranti Mate 30 untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Mate 30 Pro 5G. Peranti ini hadir dengan pengesahan Sirim untuk rangkaian 5G, sekaligus memberikan petanda yang mana ia boleh digunakan tanpa masalah apabila rangkaian 5G ditawarkan kelak di Malaysia.

HUAWEI Mate 30 Pro 5G

Huawei Mate 30 Pro 5G

Huawei Mate 30 Pro 5G akan dijual pada harga RM4199 di Malaysia, dan boleh didapati bermula 7 Februari 2020 ini. Pengguna juga turut boleh mendapatkannya melalui syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom dan U Mobile bermula 7 Februari.

Huawei Mate 30 Pro 5G hadir dengan penawaran spesifikasi yang lebih berkuasa berbanding dengan Mate 30 Pro sebelum ini. Ia menggunakan cip pemprosesan Kirin 990 5G yang menyokong semua rangkaian dari 2G sehingga ke 5G – termasuk 5G SA dan NSA.

Selain daripada itu, ia turut menyertakan cip pemprosesan pengimejan ISP 5.0 yang menghasilkan gambar lebih cantik melaluinya. Malah, skor DXO juga mencatatkan skor tertinggi pada telefon pintar buat masa ini.

Ciri lain yang disertakan adalah termasuk bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Huawei ini pada 7 Februari 2020 ini.



TIPS & ULASAN