Maxis Dan Astro Menawarkan Berkas Internet Jalur Lebar 300, 500 Dan 800 Mbps Bermula Dari RM189 Sebulan

Maxis Dan Astro Menawarkan Berkas Internet Jalur Lebar 300, 500 Dan 800 Mbps Bermula Dari RM189 Sebulan

Diterbitkan pada Feb 3, 2020 oleh .

Astro ialah nama besar dalam penawaran kandungan TV satelit di Malaysia sejak lebih dua dekad. Maxis pula ialah antara syarikat telekomunikasi yang menawarkan perkhidmatan data mudah alih terpantas di Malaysia. Hari ini kedua-dua syarikat menawarkan berkas Internet jalur lebar serta televisyen satelit baharu bermula dari RM189 sebulan.

Menerusi pakej baharu ini, pelanggan Astro sedia ada boleh melanggan perkhidmatan Maxis Home Broadband pada kelajuan 300 Mbps, 500 Mbps dan 800 Mbps dengan pakej Astro pula bermula dari RM39.95 sebulan. Pelanggan pakej 500 Mbps dan 800 Mbps turut akan menerima dua penghala WiFi Mesh bagi memberikan capaian yang baik di rumah.

Pengguna juga akan menerima kotak TV Ultra Box baharu secara percuma yang menawarkan kandungan 4K serta penstriman VOD terus ke televisyen. Untuk terma dan syarat sila ke pautan https://www.astro.com.my/broadband.


TIPS & ULASAN