Akibat Koronavirus, Xiaomi Mi 10 & Black Shark 3 Mungkin Akan Dilancarkan Secara Atas Talian

Akibat Koronavirus, Xiaomi Mi 10 & Black Shark 3 Mungkin Akan Dilancarkan Secara Atas Talian

Diterbitkan pada Feb 3, 2020 oleh .

Koronavirus adalah virus baharu yang amat merbahaya dan tidak boleh dibawa bergurau. Bagi mereka yang telah dijangkiti dengan virus ini, ia boleh membawa kematian. Disebabkan virus ini terlampau bahaya, banyak perniagaan di China terpaksa dihentikan seketika.

Terkini, sumber mengatakan yang Xiaomi Mi 10 dan Black Shark 3 yang akan dilancarkan pada bulan ini – dilaporkan tidak akan mengadakan acara pelancaran seperti biasa. Sebaliknya, pihak Black Shark dan Xiaomi dikatakan akan melancarkan peranti baharu mereka ini secara atas talian. Luo Yuzhou selaku CEO Black Shark telah menyatakan yang mengadakan acara seperti biasa sudah tidak sesuai dan menanyakan sama ada bagaimana ingin mengadakan acara atas talian yang berkualiti.

Xiaomi pula hanya dikhabarkan sahaja akan turut mengadakan acara yang lebih kurang sama. Namun, tiada wakil Xiaomi yang memberikan kenyataan. Kebiasaannya di China, Xiaomi akan mengadakan acara khas sebelum mengadakan acara global sebelum MWC Barcelona. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN