Samsung Galaxy A51 & A71 – Telefon Pintar Kelas Pertengahan Dengan Rakaman Makro Yang Mengagumkan

Samsung Galaxy A51 & A71 – Telefon Pintar Kelas Pertengahan Dengan Rakaman Makro Yang Mengagumkan

Diterbitkan pada Feb 10, 2020 oleh .

Samsung Malaysia baru baru ini telah membawa masuk telefon pintar dibawah siri Galaxy A, iaitu Samsung Galaxy A51 dan A71 ke pasaran Malaysia. Kedua-dua telefon pintar ini merupakan telefon pintar daripada kelas pertengahan dan kemaskini kepada model sebelumnya iaitu Galaxy A50 dan A70. Kebolehan kamera adalah antara ciri yang menarik yang terdapat pada kedua-dua telefon pintar ini.

Kamera Samsung Galaxy A51 dilengkapi dengan sistem kuad kamera, iaitu kamera utama 48MP, lensa kamera sudut kedalaman 5MP, lensa kamera sudut ultra lebar 12MP dan lensa kamera makro 5MP. Bagi Samsung Galaxy A71 pula, telefon pintar ini hadir dengan kamera utama 64MP, lensa sudut kedalaman 5MP, lensa kamera ultra lebar 12MP dan lensa makro 5MP.

Sebelum ini, fotografi makro hanya boleh dibuat menggunakan kamera professional sahaja, yang mana ia merupakan sebuah kamera yang berat dan sukar untuk dibawa kemana mana. Namun, kini Samsung telah menyertakan fungsi fotografi ini pada Galaxy A51 dan A71 mereka. Ini membolehkan anda untuk memotret subjek-subjek kecil dengan hanya menggunakan telefon pintar sahaja.

Hal ini membolehkan anda untuk mendapatkan rakaman gambar pada jarak dekat dengan cantik dan jelas tanpa sebarang masalah kerana ia menyokong untuk rakaman bersamaan 40mm. Malah gambar yang terhasil juga akan menampakkan efek latar belakang bokeh yang semula jadi untuk menonjolkan lagi subjek di dalam gambar.

Semasa percutian, kita seringkali akan merakam kenangan kita samaada dalam bentuk video atau gambar. Namun, rakaman ini menjadi masalah kepada sesetengah pengguna telefon pintar, kerana telefon pintar mereka tidak menyokong untuk membuat rakaman ultra lebar. Ini menyebabkan mereka perlu berganjak jauh daripada subjek untuk memuatkan pelbagai pemandangan ke dalam satu rakaman sahaja.

Galaxy A51 dan A71 dilengkapi dengan lensa ultra lebar 12MP bersudut 123 darjah. Dengan bukaan sudut sebesar ini, ia memudahkan lagi proses penggambaran anda kerana anda tidak perlu lagi berganjak lebih jauh daripada subjek yang ingin dirakam untuk mendapatkan pemandangan sekeliling yang lebih menyeluruh. Jadi, anda boleh merakam pelbagai kenangan manis semasa percutian dengan lebih cantik dan mudah tanpa memerlukan sebarang aksesori kamera seperti lensa ultra lebar tambahan.

Jika anda perhatikan bagaimana kebanyakkan juru video professional membuat rakaman, kita sering dapat lihat mereka akan menggunakan aksesori tambahan seperti monopod pada kamera mereka untuk mendapatkan rakaman yang lebih stabil semasa berjalan. Situasi ini tidak akan berlaku sekiranya anda mempunyai Galaxy A51 dan A71.

Hal ini adalah kerana kedua dua telefon pintar dilengkapi dengan fungsi Super Steady yang membolehkan anda untuk mendapatkan rakaman seperti menggunakan kamera aksi  dan juga perisian professional. Mod Super Steady ini juga bukan sahaja dapat menghasilkan video masa nyata yang lancar, malah ia sangat berguna untuk anda yang sering merakam video setiap kali percutian. Kini anda boleh merakam video sambil berjalan, berlari atau membuat aksi lasak, sekaligus menjadikan video yang dirakam sangat lancar tanpa gegaran yang ketara.

Pernahkah anda lihat bagaimana kamera professional dapat menghasilkan gambar yang cantik? Setiap gambar yang diambil menggunakan kamera professional akan menghasilkan kesan bokeh pada latar belakang gambar. Jadi, Samsung telah menyertakan lensa yang berfungsi untuk menghasilkan kesan bokeh ini pada Galaxy A51 dan A71 mereka.

Fungsi ini akan mengurangkan kesan hingar pada latar belakang rakaman dan menggantikannya dengan kesan bokeh. Ini sekaligus menjadikan subjek menjadi lebih menonjol daripada latar belakang gambar dan kelihatan seperti diambil menggunakan kamera professional.

Pernahkah anda mengalami satu situasi dimana rakaman yang anda ambil menjadi terlalu putih atau terlalu gelap? Hal ini adalah disebabkan faktor pencahayaan di sekeliling subjek, samaada ia terlalu banyak yang menyebabkan gambar yang dihasilkan berwarna putih atau gelap kerana kekurangan pencahayaan.

Berita baik untuk anda kerana Galaxy A51 dan A71 ini mampu untuk membuat rakaman gambar dan video dengan baik tanpa mengira jumlah pencahayaan yang terdapat di sekeliling subjek rakaman. Ini membolehkan anda untuk mendapatkan rakaman gambar yang jelas pada bila bila masa sama ada terlebih cahaya pada waktu siang atau kurang pencahayaan pada waktu malam.

Kesemua fungsi fungsi ini adalah untuk kegunaan kamera belakang kedua dua peranti. Dari segi lensa kamera utama Galaxy A71 dan A51 ini, lensa kameranya adalah sebesar 64MP dimana anda boleh membuat rakaman beresolusi tinggi pada bila bila masa samaada siang atau malam.

Dari segi kamera swafotonya pula, Galaxy A51 dan A71 mempunyai lensa kamera yang sama, iaitu sebesar 32MP. Dengan lensa sebesar ini, anda boleh membuat rakaman gambar pada resolusi tinggi dan jelas, malah gambar swafoto anda juga akan menghasilkan kesan bokeh yang tidak keterlaluan pada bahagian latar belakang sekaligus menjadikan subjek menjadi lebih menonjol.

Secara kesimpulannya, Samsung Galaxy A51 dan A71 ini adalah berbaloi untuk anda dapatkan kerana sistem kamera yang ditawarkan adalah baik untuk sebuah telefon pintar daripada kelas pertengahan. Di Malaysia, telefon pintar Samsung Galaxy A51 dipasarkan pada harga RM1299, dan RM1799 untuk telefon pintar Samsung Galaxy A71. Sekiranya anda berminat untuk dapatkannya, boleh rujuk kepada laman rasmi Samsung sendiri untuk maklumat lanjut atau pengedar pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia.

Layari: Laman Rasmi Samsung Untuk Maklumat Lanjut

Penafian: Advertorial daripada Samsung Malaysia


TIPS & ULASAN