Carian
JEDEC Memperlihatkan Beberapa Ciri-Ciri Baru UFS 3.1, Mungkin Akan Diperkenalkan Pada Peranti Mercu Tahun Ini
February 3, 2020 Nazrin

JEDEC, badan piawaian dibelakang teknologi mikroelektronik baru-baru ini telah mengeluarkan laporan piawaian tentang teknologi storan Flash terkini, UFS 3.1 yang hadir dengan beberapa ciri-ciri baru yang membuatkannya sebuah piawaian yang lebih baik berbanding dengan versi sebelum ini.

Tiga ciri utama yang diperkenalkan oleh UFS 3.1 termasuklah Write Booster yang meningkatkan lagi kelajuan penulisan data berbanding sebelum ini, DeepSleep. sebuah ciri penggunaan kuasa rendah yang membolehkan peranti berkongsi pengatur voltan UFS (voltage regulator) dengan fungsi-fungsi peranti yang lain dan Performance Throttling Notification, dimana sistem UFS boleh memberitahu peranti bahawa storan menghadapi masalah akibat kekurangan ruangan ataupun suhu yang melampau.

JEDEC juga mengesahkan bahawa UFS 3.1 tidak akan membawa perubahan yang mendadak pada piawaian UFS selepas UFS 3.0, kerana kelajuan penulisan data maksima 23.2Gbps masih akan kekal, tetapi dari segi penggunaan dunia sebenar, pengguna akan dapat melihat peningkatan kecekapan dari segi penggunaan peranti.

Buat masa ini, UFS 3.1 ini dikatakan mungkin akan diperkenalkan pada peranti-peranti kelas mercu pada tahun ini daripada pembangun-pembangun seperti Samsung, OnePlus dan sebagainya.

Komen