Tiada Lagi Peranti BlackBerry Daripada TCL Selepas Ogos 2020

Tiada Lagi Peranti BlackBerry Daripada TCL Selepas Ogos 2020

Diterbitkan pada Feb 3, 2020 oleh .

Pada 2016 yang lepas, TCL Communication dan Blackberry telah memeterai perjanjian, sekaligus memberikan lesen kepada pihak TCL untuk hadir dengan telefon pintar berjenama BlackBerry.

Sejak daripadanya, beberapa peranti baru telah dipasarkan oleh TCL, termasuk BlackBerry KeyOne, BlackBerry Key2 dan BlackBerry Motion.

Apa pun, kerjasama berkenaan kini dilihat akan tamat tidak lama lagi. Melalui pengumuman yang dikeluarkan hari ini, TCL mengatakan mereka tidak lagi akan menjual peranti berjenama Blackberry bermula 31 Ogos 2020 kelak.

TCL mengatakan mereka tiada lagi kebenaran dan hak untuk merekabentuk, mengeluarkan dan memasarkan peranti BlackBerry selepas itu. Apa pun, TCL akan terus menawarkan sokongan untuk peranti sedia ada sehingga 31 Ogos 2022 kelak.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi siapakah yang akan menerima lesen untuk pengeluaran peranti BlackBerry yang baru. Sementara untuk TCL pula, mereka masih memegang lesen untuk pengeluaran peranti Alcatel, selain turut telah mula mengeluarkan peranti berjenama TCL sendiri.

TCL BB Tamat



TIPS & ULASAN