Redmi Mengacah Kehadiran Peranti Baru – Siri Redmi 9 Atau Redmi Note 9?

Redmi Mengacah Kehadiran Peranti Baru – Siri Redmi 9 Atau Redmi Note 9?

Diterbitkan pada Feb 4, 2020 oleh .

Kehadiran tahun baru semestinya disusuli dengan pengenalan pelbagai keluarga peranti baru daripada ramai pengeluar seluruh dunia. Xiaomi turut tidak ketinggalan. Selain daripada jenama Poco yang bakal memperkenalkan Poco X2, kini Redmi turut telah mengacah kehadiran peranti baru mereka.

Melalui video acah terbaru yang diterbitkan pihak Redmi, mereka menandakan bakal hadir dengan penawaran Redmi baru tidak lama lagi. Buat masa ini, tiada sebarang info yang dikongsikan, selain mengatakan ia akan menawarkan pemprosesan berkuasa, selain antaramuka yang lebih menarik.

Sekiranya mengikut latar masa sebelum ini, berkemungkinan kita akan melihat Redmi Note 9 diperkenalkan pada bulan Februari ini. Tetapi, tidak mustahil juga kita melihat pengenalan Redmi 9 daripada Xiaomi.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut daripada Redmi ini dalam masa terdekat.



TIPS & ULASAN