YouTube Kini Mempunyai Lebih 20 Juta Pelanggan Berbayar

YouTube Kini Mempunyai Lebih 20 Juta Pelanggan Berbayar

Diterbitkan pada Feb 4, 2020 oleh .

Alphabet (syarikat disebalik Google) hari ini telah mengeluarkan penyata kewangan bagi suku keempat yang lepas, sekaligus berkongsi beberapa statistik menarik berkaitan perkhidmatan video mereka, iaitu YouTube.

Menurut mereka, YouTube kini mempunyai lebih 20 juta pelanggan berbayar – untuk YouTube Music dan juga YouTube Premium. Kedua-dua perkhidmatan ini menawarkan langganan berbayar, sekaligus menyembunyikan paparan iklan kepada umum, selain turut hadir dengan sejumlah ciri-ciri tambahan seperti kebolehan memainkan media pada latar, kemudahan muat-turun, dan sebagainya.

Di Malaysia, YouTube Premium telah ditawarkan sejak beberapa bulan lepas, dimana ia menawarkan harga langganan RM17.90 sebulan. Sementara untuk YouTube Music pula, ia menawarkan harga langganan RM14.90 sebulan.

Bagi anda sendiri, adakah anda melanggan perkhidmatan berbayar YouTube ini?


TIPS & ULASAN