YouTube Menjana Lebih RM60 Bilion Sepanjang 2019

YouTube Menjana Lebih RM60 Bilion Sepanjang 2019

Diterbitkan pada Feb 4, 2020 oleh .

Google sebelum ini jarang berkongsi pendapatan yang dijana oleh perkhidmatan penstriman video mereka. Terbaru, ketika pengumuman penyata kewangan terbaru, Google mengubah tradisi ini, dan telah berkongsi pendapatan yang dijana oleh YouTube.

Menurut Google, sepanjang suku terakhir 2019 yang lepas, YouTube telah menjana $4.7 bilion (~RM19.34 bilion). Menariknya, sepanjang 2019 yang lepas, YouTube dilihat telah menjana secara keseluruhan sebanyak $15.1 bilion (~RM62.14 bilion).

Angka ini boleh dikatakan agak baik untuk Google, memandangkan mereka telah mendapatkan perkhidmatan video ini pada nilai $1.7 bilion pada 2006 yang lepas. Sejak daripadanya, YouTube telah berkembang pesat, dan kini menjadi perkhidmatan video pertama yang dituju ramai pengguna seluruh dunia.

Apa pun, secara keseluruhan, suku ke-4 2019 yang lepas, dilihat tidak begitu baik untuk Alphabet (syarikat sebalik Google) secara keseluruhannya jikalau dibandingkan dengan beberapa tahun sebelum ini.



Paling Popular