Pembinaan 152 Menara Telekomunikasi Untuk Menambahbaik Sambungan 3G Dan 4G Di Seluruh Negara Bermula Bulan Ini

Pembinaan 152 Menara Telekomunikasi Untuk Menambahbaik Sambungan 3G Dan 4G Di Seluruh Negara Bermula Bulan Ini

Diterbitkan pada Feb 4, 2020 oleh .

Dibawah Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), kerajaan sedang cuba untuk memastikan bahawa semua rakyat Malaysia dapat menikmati sambungan internet yang pantas untuk pelbagai aktiviti, tidak kira kerja ataupun riadah.

Salah satu pelan dibawah fasa satu NFCP ialah untuk membangunkan menara-menara telekomunikasi di sekitar kawasan luar bandar untuk memastikan semua rakyat tidak kira latar belakang mendapat akses kepada sambungan internet mudah-alih.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, projek pembangunan menara telekomunikasi tersebut, yang akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan memastikan 152 menara dibina di 500 lokasi di 210 mukim di seluruh Malaysia untuk meningkatkan liputan rangkaian 3G dan 4G di kawasan-kawasan tersebut.

Projek pembangunan menara telekomunikasi ini dijangka akan lengkap pada suku ketiga tahun ini.

Dalam pada itu, pihak SKMM juga bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk membangunkan infrastruktur gentian optik dengan kelajuan 1Gbps di 37 kawasan perindustrian terpilih di seluruh Malaysia.



Paling Popular