Carian
Byte – Aplikasi Video Terbaru Mencapai Lebih 1.3 Juta Muat-Turun Dalam Minggu Pertama
February 4, 2020 Aman

Perkongsian berbentuk video semakin popular dari hari ke hari. Terbaru, salah satu aplikasi yang telah dilancarkan adalah Byte – dimana ia hadir daripada pengasas aplikasi Vine sebelum ini.

Melalui Byte, pengguna boleh berkongsi video selama 6 saat, yang mana akan dipaparkan dalam bentuk loop. Byte sendiri memposisikan penawaran aplikasi mereka untuk penghasilan kandungan kreatif – salah satu perkara yang popular dikalangan penerbit Vine sebelum ini.

Byte telah pun dilancarkan secara rasminya di iOS dan Android pada minggu lepas, dan kini menurut Sensor Tower, aplikasi berkenaan telah dimuat-turun lebih 1.3 juta kali di seluruh dunia.

Angka ini boleh dikatakan agak tinggi untuk aplikasi baru. Apa pun, dengan populariti aplikasi seperti TikTok dan Instagram, ia akan menjadi salah satu perkara menarik untuk melihat bagaimana Byte terus dapat mengekalkan pengguna menerbitkan kandungan di platform mereka.

Komen