Carian
Poco X2 Kini Rasmi – Skrin 120Hz, Snapdragon 730G, Empat-Kamera Belakang
February 4, 2020 Aman

Poco hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka secara rasminya, iaitu Poco X2. Telefon pintar ini hadir dengan penawaran skrin pada kadar segar yang tinggi mencapai 120Hz, selain ciri-ciri yang dioptimasikan untuk peranti permua berkuasa. Dengan kadar segar semula yang tinggi, ia menawarkan pengalaman lebih lancar, selain pengalaman permua tanpa sebarang lengah.

Poco X2

Poco X2 hadir dengan skrin 6.67-inci 120Hz, cip pemprosesan Snapdragon 730G dengan sokongan grafik Adreno 618, sokongan penyejukan LiquidCool, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB UFS 2.1.

Poco X2

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera utama 64-megapixel dijana sensor Sony IMX686 + 2MP (makro) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (depth). Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan sensor gabungan 20MP + 2MP yang diposisikan pada bahagian skrin berlubang.

Poco X2

Poco X2

Poco turut menyertakan sebuah mod rakaman khas dinamakan VLOG, selain mana ia menawarkan sokongan rakaman gambar RAW dan juga kebolehan rakaman video 960FPS.

Pada bahagian bateri, ia menyertakan bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 27W yang disertakan bersama dalam kotak. Poco X2 juga menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti, selain sokongan IR Blaster. Tiada sokongan kalis air, tetapi Poco X2 hadir dengan penyertaan teknologi P2i Splash-Proof.

Poco X2

Poco X2

Di India, Poco X2 akan ditawarkan pada harga bermula Rs15999, iaitu sekitar RM925 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.

Komen