Jika anda menggunakan peranti pintar, kebarangkaliannya anda akan menggunakan aplikasi seperti TrueCaller untuk menapis nombor-nombor spam yang mungkin akan memanggil.
Alan Mamedi, CEO Truecaller memberitahu bahawa syarikat tersebut kini mempunyai 200 juta pengguna aktif di seluruh dunia, dimana 150 juta daripadanya berasal dari India.
Apa yang menariknya, aplikasi Truecaller kini mempunyai ciri tambahan selain daripada pengesahan ID pemanggil dan juga pengesanan spam, tetapi juga hadir dengan ciri permesejan dan pembayaran perkhidmatan di India. Perkhidmatan ini akan dikembangkan ke rantau Afrika dan beberapa pasaran tambahan tidak lama lagi.
Truecaller juga dikatakan menjana keuntungan melalui iklan yang ditunjuk didalam aplikasi, dan juga pelan langganan yang membuang iklan tersebut di India dan Amerika Syarikat.