Redmi K30 Pro Mungkin Akan Dijana Snapdragon 865, Tetapi Bukan Kamera 108MP

Redmi K30 Pro Mungkin Akan Dijana Snapdragon 865, Tetapi Bukan Kamera 108MP

Diterbitkan pada Feb 4, 2020 oleh .

Hari ini Pocophone X2 sudah pun dilancarkan. Ia adalah sebuah Redmi K30 4G yang dijenamakan semula untuk pasaran India dan berkemungkinan besar pasaran global. Jadi tidak mustahil yang Redmi K30 tidak akan dijual dan hanya akan menjual Poco X2. Ini adalah pertama kali Poco menjadi “malas”, kerana hanya mengubah jenama sahaja dan tidak seperti Poco F1 yang hadir dengan rekaan tersendiri dan tidak mengubahsuai peranti Xiaomi yang sedia ada.

Bercakap mengenai perubahan jenama adalah Redmi K30 Pro pula. Jika tahun lepas, Redmi K2o diubah menjadi variasi Mi 9T, bagaimana pula untuk tahun ini? Tiada informasi yang jelas lagi, tetapi baru-baru ini ada khabar angin mengatakan yang Redmi K30 Pro akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 865. Kemudian, dukacita dimaklumkan yang Redmi K30 Pro tidak akan menggunakan kamera 108MP. Ia  mungkin akan terhad kepada 64MP sahaja atau mungkin lebih rendah tetapi dengan kemampuan yang lebih hebat.

Informasi ini diperoleh daripada kod nama “lmi” yang ditemui dalam senarai platform Snapdragon 865 dan digelar sebagai “Redmi”. Kod nama yang sama turut ditemui dalam Geekbench yang mempunyai skor tanda aras yang amat tinggi dan sama dengan skor yang cip Snapdragon 865 boleh capai. Apa-apa pun, kita perlu tunggu pengumuman rasmi kelak. Kerana, Xiaomi pasti akan fokus kepada Mi 10 terlebih dahulu sebelum mereka lancarkan pembunuh peranti mercu mereka.


TIPS & ULASAN