LG Akan Menumpukan Penjualan Peranti Mercu 5G Di Pasaran Amerika Syarikat Dan Eropah Sahaja Tahun Ini
LG

LG Akan Menumpukan Penjualan Peranti Mercu 5G Di Pasaran Amerika Syarikat Dan Eropah Sahaja Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 5, 2020 oleh .

Perniagaan telefon pintar masih menanggung kerugian sepanjang 2019 kerana tidak mendapat sambutan dari pengguna. Menurut laporan The Elec, pada tahun 2020 LG akan menumpukan pasaran peranti premium 5G di pasaran Amerika Syarikat dan Eropah sahaja. Sementara itu peranti kelas pertengahan akan diserahkan pengilangannya kepada pihak ODM.

Langkah ini diambil kerana harga jualan peranti mercu mereka seperti siri V kurang mendapat sambutan di luar dua pasaran tersebut memandangkan harganya yang tinggi. Secara keseluruhan untuk tahun 2020, LG menyasarkan jualan 34 juta peranti dengan 2o juta adalah bukan peranti mercu. Dengan penyusunan semula strategi pemasaran, LG berharap perniagaan telefon pintar mereka boleh kembali membawakan keuntungan menjelang 2021.



TIPS & ULASAN