LG Menarik Diri Daripada Menyertai MWC 2020 Disebabkan Kebimbangan Koronavirus
LG

LG Menarik Diri Daripada Menyertai MWC 2020 Disebabkan Kebimbangan Koronavirus

Diterbitkan pada Feb 5, 2020 oleh .

Koronavirus terbaru yang telah dilaporkan sejak beberapa minggu lepas merupakan salah satu perkara yang membimbangkan ramai pihak dari segi kesihatan dan kerisauan ia dijangkiti orang lain. Kini, selari dengannya, pihak LG mengumumkan mereka sedang memantau situasi dan akan menarik diri daripada menyertai acara MWC 2020 disebabkan olehnya.

LG mengatakan mereka tidak akan menyertai acara MWC 2020 akan datang ini – sekaligus mengelak risiko pekerja LG terdedah kepada sebarang virus ketika ke luar negara.

Apa pun, LG mengatakan mereka akan mengadakan sebuah acara berasingan dalam masa terdekat untuk mengumumkan produk mudah-alih mereka untuk 2020 ini.


TIPS & ULASAN