YouTube Akan Menamatkan Penawaran Rekaan YouTube Klasik Di Desktop Pada Mac 2020

YouTube Akan Menamatkan Penawaran Rekaan YouTube Klasik Di Desktop Pada Mac 2020

Diterbitkan pada Feb 5, 2020 oleh .

YouTube kini telah mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan penawaran rekaan klasik di desktop pada bulan Mac 2020 kelak. Selepas tarikh berkenaan, semua pengguna akan hanya dapat mengakses YouTube di desktop menggunakan rekaan baru sahaja.

YouTube Klasik

Rekaan klasik ini telah diperkenalkan pada 2017 yang lepas – dan ketika pengenalannya, ia menggunakan elemen rekaan Material Design, selain turut menyertakan rekaan tema gelap. Sejak daripada itu, YouTube turut telah menawarkan beberapa kemaskini baru pada rekaan baru mereka.

Paling terkini, YouTube telah memperkenalkan rekaan baru pada penghujung tahun lepas dengan sejumlah ciri-ciri baru. Penggunaan rekaan klasik lama membuatkan pengguna tidak dapat menggunakan sejumlah ciri-ciri baru pada desktop – dan dengan perubahan baru ini, ia akan membolehkan semua menikmati ciri-ciri baru yang disertakan.

Bagi anda yang menggunakan versi YouTube klasik di desktop, anda boleh mengaktifkan ke rekaan baru hari ini.



TIPS & ULASAN