Carian
Aplikasi Samsung Galaxy Buds+ Untuk iOS Diterbitkan
February 5, 2020 Aman

Samsung dijangka memperkenalkan fon telinga nirwayar terbaru mereka, Galaxy Buds+ secara rasminya pada 12 Februari 2020 ini. Apa pun, lebih awal daripadanya, kini Samsung dilihat telah menerbitkan aplikasi berkenaan di App Store, sekaligus memperlihatkan sokongan untuk iPhone yang akan disertakan oleh fon telinga berkenaan.

Galaxy Buds+

Melalui penyenaraian Samsung Galaxy Buds+ di App Store, ia memperlihatkan yang mana fon telinga nirwayar ini akan menyokong iPhone 7 dan terkini, menjalankan iOS 10 dan terkini.

Samsung turut menekankan yang mana aplikasi ini khusus untuk model Galaxy Buds+ sahaja.

Tiada info lanjut yang diketahui, termasuk sama ada ia akan menyokong pembatalan hingar aktif atau sebaliknya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 12 Februari ini untuk melihat kejutan daripada Samsung melalui penawaran mereka.

Komen