Cari @ Amanz

Cip pemprosesan baharu peranti mercu yang akan digunakan pada tahun ini adalah Qualcomm Snapdragon 865. Ia menggunakan binaan berasaskan 7nm dan mempunyai kuasa yang hebat, malah pertama kali lebih hebat dari cip Apple A13 Bionic. Selain itu, cip ini juga akan menyokong rakaman video 8K secara terbina.

Baru-baru ini, Qualcom berkongsi hasil rakaman video 8K yanh digunakan pada sebuah peranti yang dijana cip Snapdragon 865. Cip ini menggunakan CV-ISP Spectra 480 yang membenarkan memproses 2 gigapixel per saat dengan video 8K yang mana satu bingkai bersaiz 33MP. Rakaman video ini diuji dengan lensa Sony IMX586 yang mana jika anda perasan dalam video tersebut, ia adalah lensa 48MP sahaja.

Lebih menarik, dengan cip Snapdragon 865 – ia turut membenarkan rakaman tanpa had 960FPS gerak perlahan, menganbil gambar 200MP, sokongan rakaman video HDR dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, ia masih bergantung kepada pengeluar – jika ingin tawarkan kebolehan ini pada peranti mereka. Sama-sama kita nantikan, untuk lihat peranti apa yang akan hadir dengan sokongan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd