Dyson Mempatenkan Set Fon Kepala Dengan Pembersih Udara Terbina

Dyson Mempatenkan Set Fon Kepala Dengan Pembersih Udara Terbina

Diterbitkan pada Feb 5, 2020 oleh .

Dyson adalah satu jenama barangan elektrik yang terkenal. Ramai akan kenal Dyson ini kerana pembersih hampagas nirwayar mereka, kipas dan juga pengering rambut tanpa bilah. Dyson juga ada banyak barangan eletrik lain untuk kegunaan di rumah, seperti pembersih udara Dyson Pure Cool atau Pure Cryptomic. Oh ya, kesemua barangan Dyson ini dijual pada harga ribuan ringgit.

Terkini, Dyson dilihat telah mempatenkan sepasang set fon kepala pula. Adakah Dyson ingin memasuki arena audio pula? Mungkin ya dan tidak, kerana set fon kepala yang Dyson patenkan ini hadir dengan pembersih udara terbina. Dalam fail paten ini, Dyson menyatakan pada setiap fon kepala akan ada motor yang berpusing pada kadar 12,000 rpm dan boleh mengeluarkan 1.4 liter air per saat. Gajet yang Dyson patenkan ini boleh juga dibandingkan dengan Ao Air Atmos Faceware, iaitu pembersih udara mudah alih yang boleh dipakai. Jadi, maaf Dyson – anda bukan yang pertama. Tetapi adalah yang pertama yang disekalikan dalam sepasang set fon kepala.

Seperti biasa, apa yang sesebuah jenama patenkan – tidak bermaksud ia akan menjadi realiti. Ia mungkin akan terkubur dalam arkib yang penuh dengan pelbagai paten lain. Jika ia dilancarkan, ia mungkin akan dijual pada harga ribuan ringgit juga.


TIPS & ULASAN