Samsung Mengacah Kehadiran Galaxy M31 Dengan Kamera 64MP

Samsung Mengacah Kehadiran Galaxy M31 Dengan Kamera 64MP

Diterbitkan pada Feb 5, 2020 oleh .

Samsung Galaxy M30 adalah peranti kelas pertengahan asas daripada Samsung yang memfokuskan pasaran di India. Ia dijual pada harga yang lebih murah dari Samsung Galaxy A, tetapi masih mengekalkan penggunaan skrin Super AMOLED, menggunakan bateri yang besar, cip pemprosesan yang agak berkuasa dan spesifikasi kamera yang menarik. Pada hujung 2019, Samsung hadir dengan pengganti, iaitu Galaxy M30s.

Kini, pada tahun 2020 – Galaxy M31 pula akan dilancarkan tidak lama lagi. Baru-baru ini ada poster rasmi yang telah tersebar di Internet yang memperlihatkan penggunaan kata “Mega Monster”. Kamera yang bakal digunakan adalah 64MP dan ada kemungkinan besar adalah penggunana bateri yang lebih besar dari model sebelum ini. Samsung mungkin akan kekal menggunakan cip Exynos 9611, iaitu cip yang sama pada Galaxy A51 – cuma ia akan dijual pada harga yang jauh lebih murah.

Lain-lain informasi masih kekal menjadi misteri. Jadi, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Samsung akan datang.



TIPS & ULASAN