Aplikasi Setel Kelak Akan Membolehkan Anda Membuat Pesanan Barangan Dari Kedai Mesra Di Petronas

Aplikasi Setel Kelak Akan Membolehkan Anda Membuat Pesanan Barangan Dari Kedai Mesra Di Petronas

Diterbitkan pada Feb 5, 2020 oleh .

Setel merupakan salah satu aplikasi yang telah sedia ditawarkan dalam usaha memudahkan pengguna membuat pembayaran untuk pembelian petrol di Petronas. Melaluinya, pengguna boleh membuat pilihan pam, membuat pembayaran dan mulakan pengisian, terus dengan mudah tanpa perlu ke kaunter.

Sebelum ini, aplikasi Setel hanya ditawarkan dibeberapa lokasi sahaja. Hari ini, pembangunnya mengumumkan yang mana mereka akan memperluaskan penawaran Setel ke seluruh Malaysia secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang.

Berkongsi lanjut mengenai perancangan Setel, mereka turut mengumumkan kelak pengguna boleh membuat pesanan untuk beberapa barangan dari kedai Mesra di Petronas – sekaligus memudahkan pengguna untuk mendapat beberapa barangan tanpa perlu masuk ke kedai Mesra di Petronas. Pengguna boleh membuat pesanan, dan ia akan dibawa ke bahagian pengambilan – memudahkan pengguna mengisi minyak dan mengambil barangan berkenaan apabila selesai mengisi.

Disamping itu, Setel juga kelak akan menyertakan ciri perkongsian akaun keluarga – sekaligus memudahkan proses pembayaran dan pengumpulan mata ganjaran.

Setel juga turut memberikan gambaran mereka akan mengintegrasikan sokongan Setel terus ke sistem inforia kenderaan. Namun, rakan kerjasama untuk tujuan berkenaan masih tidak diketahui lagi.

Bagi anda yang kerap mengisi minyak di Petronas mungkin boleh menyemak dan menggunakan aplikasi Setel ini hari ini.

Muat-Turun Setel untuk iPhone

Muat-Turun Setel untuk Android


TIPS & ULASAN