Cari @ Amanz

Microsoft nampaknya semakin serius mengenai peranti-peranti Surface mereka, dimana mereka baru sahaja hadir dengan siri peranti Surface Pro ketujuh mereka, disamping peranti-peranti lain seperti Surface Laptop dan juga Surface Book.

Untuk memperbaiki lagi kesinambungan diantara peranti dan perisian mereka, khususnya sistem operasi Windows, Microsoft dikatakan akan menggabungkan bahagian peranti mereka bersama-sama dengan bahagian Windows kedalam satu bahagian sahaja.

Gabungan baru ini dinamakan Windows + Devices dan akan diketuai oleh Panos Panay, ketua bahagian peranti Microsoft dan pencipta siri peranti Surface.

Joe Belfiore, ketua bahagian Windows sebelum ini, dikatakan akan berpindah ke bahagian Office, dan akan mengetuai satu bahagian yang dinamakan Essential Products Inclusive Community yang merumahkan perisian Microsoft Edge dan juga aplikasi-aplikasi Android dan iOS Microsoft.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd