iCloud adalah storan awan dari Apple yang khusus untuk pengguna ekosistem Apple sahaja. Ia berbeza dengan Google Drive, yang mana kedua-dua iOS dan Android atau platform lain amat mudah untuk diakses. iCloud pula hanya lancar diakses untuk peranti Apple sahaja. Apabila dibuka pada platform lain, antaramuka mereka tidak mesra pengguna dan sukar untuk digunakan.
Terkini, Apple telah mengemaskini antaramuka laman web iCloud. Ia kini lebih mesra pengguna dan mudah diakses pada peranti mudah alih melalui aplikasi pelayar web. Lebih menarik, ia kini lebih mesra pengguna Android. Pengguna Android kini boleh mengakses Notes, Photos, Reminders, dan Find My iPhone pada pelayar web dengan mudah. Akan tetapi, Contacts, Calendar, dan iWork masih tidak boleh digunakan. Bagi pengguna Android yang miliki peranti Apple dan ingin akses iCloud dengan mudah pada peranti Android anda, layari laman web di bawah.