Chrome Akan Memerangi Laman-Laman Dengan Iklan Video Yang Menganggu

Chrome Akan Memerangi Laman-Laman Dengan Iklan Video Yang Menganggu

Diterbitkan pada Feb 6, 2020 oleh .

Google sebelum ini telah mengumumkan mereka akan menghalang beberapa variasi iklan yang menganggu di web – sekaligus menawarkan pengalaman pelayaran web yang baik kepada pengguna. Terbaru, mengembangkan lagi, pihak Chrome mengumumkan mereka akan mula memerangi iklan-iklan video yang menganggu ketika melayari web.

Piawaian dan data yang ditetapkan oleh Coalition of Better Ads akan digunakan untuk tujuan ini.

Pihak Chrome mengatakan, bermula 5 Ogos 2020 kelak, mereka akan mula menghalang paparan iklan yang menganggu. Antara variasi iklan yang akan dihalang adalah termasuk iklan yang panjang melangkaui 31 saat yang dipaparkan sebelum sesuatu video dan tidak menyertakan butang langkau; iklan pada pertengahan video; dan juga teks atau gambar yang dipaparkan pada video yang menutup 1/3 daripada paparan.


TIPS & ULASAN