Cari @ Amanz

Beberapa tahun yang lalu, Netflix telah mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan Amazon, Google, Intel dan beberapa syarikat yang lain untuk membina sebuah teknik pengekodan video yang mengurangkan penggunaan data apabila menstrim sebuah video.

Teknik pengekodan tersebut dinamakan AV1, dan Netflix nampaknya sedang bersedia untuk menggantikan codec VP9 yang digunakan sebelum ini, dan menurut para pembangun AV1, ia mampu menjimatkan sebanyak 30 peratus daripada data yang digunakan berbanding dengan VP9 apabila menstrim video beresolusi 4K dengan teknologi HDR.

Walaupun begitu, satu kelemahan ketara yang dilihat apabila menggunakan AV1 ialah peranti didapati menggunakan bateri lebih banyak untuk menyahkod isyarat video yang digunakan.

Teknik pengekodan AV1 ini digunakan hanya untuk tajuk-tajuk Netflix yang tertentu, dan pengaktifannya terhad kepada peranti-peranti Android sahaja buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd