Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro adalah peranti mercu Xiaomi untuk tahun ini. Xiaomi juga dikatakan hanya akan fokus kepada peranti mercu sahaja, dan ada kemungkinan tiada versi kelas pertengahan seperti Mi 10SE atau Mi 10T.
Terkini, Micron telah berkongsi lebih butiran mengenai RAM yang digunakan pada Mi 10. Xiaomi Mi 10 akan menggunakan memori dari Micron, iaitu RAM berformat LPDDR5. Variasi yang paling tinggi adalah 12GB dan mempunyai kadar pemindahan data sepantas 6.5Gbps. Jika dibandingkan dengan LPDDR4, LPDDR5 adalah dua kali lebih pantas. Manakala dengan LPDDR4x, LPDDR5 adalah 20% lebih pantas. Dengan teknologi RAM baharu ini, setiap aplikasi yang dibuka akan diproses dengan lebih pantas dan bateri pada peranti juga akan lebih 5%-10% bertahan.
Dengan kebolehan cip Snapdragon 865 merakam video 8K, memori dari Micron ini turut akan membantu proses rakaman video tersebut. Tetapi adakah MIUI 11 akan dioptimasikan untuk penggunaan RAM yang pantas ini? Sama-sama kita nantikan pelancarannya kelak.