Aplikasi Netflix adalah aplikasi penstriman video yang terkenal. Walaupun ia menyokong kebolehan untuk memuat turun, masih ada pengguna yang gemar tonton secara striman sahaja – kerana ia lebih mudah. Menstrim pada Netflix pula akan menggunakan banyak data Internet, walaupun mod penjimatan data telah diaktifkan. Lebih-lebih lagi jika menonton siri TV.
Terkini, Netflix untuk Android telah menyokong codec AV1 yang menawarkan pemampatan 30% lebih baik dari codec VP9 dari Google. Disebabkan aplikasi pelayar web Chrome dan sistem Android telah menyokong codec AV1, Netflix kini menyertai perkhidmatan lain yang telah menggunakan codec ini. Untuk menikmati fungsi ini, pengguna hanya perlu aktifkan “Sace Data” pada bahagian tetapan. Namun, tidak semua kandungan akan menyokong codec ini dan hanya yang terpilih sahaja.
Disebabkan AV1 akan mengekalkan kualiti video, pengguna tidak akan sedar pengurangan kualiti video. Malah, apa yang pengguna akan sedar adalah – penggunaan data kini lebih jimat. Buat masa ini ia hanya terhad kepada peranti Android sahaja dan Netflix hanya akan ubah codec pada platform lain di masa akan datang.