Realme C3 Dilancarkan – Dijana Helio G70 Dan Bateri 5000mAh

Realme C3 Dilancarkan – Dijana Helio G70 Dan Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Feb 6, 2020 oleh .

Realme hari ini telah melancarkan telefon pintar berspesifikasi asas terbaru daripada mereka, iaitu Realme C3.

Realme C3

Realme C3 hadir dengan skrin 6.52-inci HD+, dijana cip pemprosesan Helio G70 12nm, memori sehingga 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB eMMC 5.1.

Melengkapkan ia juga adalah kamera belakang 12MP + 2MP (depth), selain kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini turut hadir dengan sokongan bicu audio 3.5mm dan radio FM.

Peranti yang dicas menggunakan sambungan mikro-USB ini dilengkapi bateri 5000mAh dan sokongan pengecasan 10W. Melengkapkan peranti ini juga adalah sistem operasi Android 10 – sekaligus menjadikannya antara peranti terawal Realme yang hadir dengan Android 10 terbina.

Buat masa ini, Realme C3 hanya diumumkan untuk pasaran India sahaja. Ia akan dijual di India pada harga bermula Rs.6999 (iaitu sekitar RM405).



TIPS & ULASAN