Redmi Bakal Melancarkan Telefon Pintar Baru Dengan Dwi-Kamera Dan Bateri 5000mAh Pada 11 Februari

Redmi Bakal Melancarkan Telefon Pintar Baru Dengan Dwi-Kamera Dan Bateri 5000mAh Pada 11 Februari

Diterbitkan pada Feb 6, 2020 oleh .

Redmi sebelum ini telah hadir dengan beberapa gambar acah untuk telefon pintar terbaru, dan kini mereka berkongsi lanjut mengenainya.

Redmi 11 Februari

Melalui perkongsian terbaru, Redmi akan melancarkan telefon pintar baru pada 11 Februari 2020 kelak di India. Ia akan menawarkan dwi-kamera pada bahagian belakang, selain dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000mAh bersama dengannya.

Info lanjut mengenainya masih menjadi tanda tanya. Beberapa spekulasi mengatakan ia mungkin adalah telefon pintar Redmi 9A yang baru dengan harga sangat kompetitif.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 11 Februari 2020 ini untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan pihak Redmi.



TIPS & ULASAN