Disney Menyasarkan Hulu Akan Dilancarkan Secara Global Pada Tahun 2021

Disney Menyasarkan Hulu Akan Dilancarkan Secara Global Pada Tahun 2021

Diterbitkan pada Feb 7, 2020 oleh .

Mei tahun lalu Disney secara rasmi mengambil alih perkhidmatan penstriman Hulu. Pada waktu ini ia hanya ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja manakala pengguna luar negara perlu menggunakan perkhidmatan VPN. Tetapi CEO Disney Bob Iger telah mengesahkan pihak mereka menyasarkan Hulu akan ditawarkan secara global pada tahun 2021.

Pada waktu ini pelancaran Disney+ ke peringkat global menjadi keutamaan Diseny. Pada bulan hadapan ia akhirnya boleh diakses pengguna di Eropah dan India. Menerusi Hulu, kandungan yang lebih dewasa seperti siri saluran FX boleh ditonton memandangkan Disney+ mengutamakan kandungan mesra keluarga. Di Amerika Syarikat berkas Disney+, Hulu dan ESPN+ telah ditawarkan pada harga sekitar RM54 sebulan.


TIPS & ULASAN