Cari @ Amanz

Satu perkara yang menjengkelkan dan turut menghabiskan data ialah video prebiu automatik yang dimainkan ketika menatal Netflix. Audio yang turut dimainkan secara automatik turut boleh mengejutkan pengguna yang hanya ingin mencari kandungan yang ingin ditonton. Netflix kini akhirnya memberikan pilihan kepada pengguna untuk mematikan mainan video prebiu secara automatik hari ini.

Pengguna perlu ke laman web dan kemudian memilih Manage Profile. Dari sini nyahpilih kotak yang membenarkan video prebiu dimainkan secara automatik. Selepas menyimpan tetapan, ia tidak akan lagi diaktifkan pada kesemua peranti yang dimiliki oleh pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd