Carian
Oppo Find X2 Bakal Dilancarkan Pada MWC 2020
February 7, 2020 Aman

Oppo kini nampaknya akan membuat kejutan tersendiri pada acara MWC 2020 ini. Melalui jemputan yang telah dikeluarkan oleh pihak Oppo, mereka memperlihatkan peranti Oppo Find X2 bakal dilancarkan pada acara MWC 2020 kelak.

Oppo Find X2

Oppo Find X2 dijangka menjadi peranti mercu Oppo untuk 2020 ini, dan bakal meneruskan legasi Oppo Find X sebelum ini. Mengikut beberapa desas-desus, ia dijangka hadir dengan cip Snapdragon 865 dengan beberapa ciri-ciri menarik.

Oppo juga dijangka memperlihatkan kepakaran dan kejutan mereka dalam arena rekabentuk melalui peranti terbaru ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 22 Februari ini untuk melihat apakah yang bakal diperkenalkan oleh pihak Oppo secara rasminya.

Komen