Motorola One 2020 Tertiris – Dijana Snapdragon 865, Skrin Melengkung “Waterfall” & 90Hz

Motorola One 2020 Tertiris – Dijana Snapdragon 865, Skrin Melengkung “Waterfall” & 90Hz

Diterbitkan pada Feb 7, 2020 oleh .

Sudah sekian lama Motorola tidak melancarkan peranti mercu mereka. Setakat ini semuanya adalah peranti kelas pertengahan, baik dari permulaan atau pun yang premium. Mereka juga ada melancarkan siri baharu, iaitu Motorola One. Di MWC Barcelona 2020, Motorola juga akan mengadakan acara pelancaran mereka dan akan memperlihatkan peranti baharu mereka di sana.

Baru-baru ini telah tertiris, peranti mercu dari Motorola yang dikatakan adalah Motorola One 2020. Menurut sumber, peranti ini akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 865, dipadankan dengan memori 8GB atau 12GB RAM dan skrin 6.67-inch FHD+, 2340×1080 melengkung dwi-sisi dan mempunyai sokongan kadar segar semula 90Hz. Ia akan mempunyai bateri sebesar 5169mAh, menjalankan Android 10, dan mungkin juga akan dipasarkan sebagai Motorola Edge+.

Motorola turut dilaporkan akan hadir dengan tiga aplikasi baharu terbina dalam peranti mereka akan datang. Aplikasi tersebut adalah;

  • Moto Edge Assistant: Aplikasi untuk mengubah fungsi tap pada bahagian sisi skrin.
  • Moto Gametime: Mod permua tersendiri dari Motorola, yang akan menawarkan butang terapung atas skrin yang mengandungi pelbagai tetapan untuk memberi pengalaman bermain permua yang lebih mengasyikkan.
  • Moto Audio: Aplikasi penalaan audio yang boleh mencipta profil yang bersesuaian dengan citarasa pengguna.

Motorol juga mungkin akan hadir dengan peranti 5G yang mampu milik. Ia dikatakan akan dijana dengan Snapdragon 765G, RAM 6GB, dan skrin yang sama. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN