Samsung Galaxy A30S Dengan Storan 128GB Kini Di Malaysia – Berharga RM999

Samsung Galaxy A30S Dengan Storan 128GB Kini Di Malaysia – Berharga RM999

Diterbitkan pada Feb 7, 2020 oleh .

Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan satu lagi variasi telefon pintar dibawah siri Galaxy A, iaitu Galaxy A30s dengan storan 128GB. Untuk makluman, sebelum ini Samsung Malaysia sedia menawarkan variasi storan 64GB, dan kali ini mereka turut membawa masuk variasi 128GB.

Galaxy A30s

Samsung Galaxy A30s hadir dengan skrin 6.4-inci HD+ Super AMOLED, dilengkapi memori 4GB RAM, dan bateri 4000mAh. Ia menyertakan tri-kamera belakang gabungan 25MP + 5MP + 8MP, selain kamera swafoto 16-megapixel. Peranti ini turut menawarkan sokongan Samsung Pay.

Di Malaysia, bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan variasi 128GB Ini pada harga RM999. Variasi 64GB masih terus dijual pada harga RM899.



TIPS & ULASAN