ZTE, salah satu pengeluar peranti dari China hari ini mencuri perhatian ramai dengan memperkenalkan telefon pertama menggunakan cip Snapdragon 865. Telefon pintar ini dinamakan sebagai ZTE Axon 10s Pro dan menawarkan sokongan rangkaian 5G.
ZTE Axon 10s Pro hadir dengan skrin 6.47-inci AMOLED, menggunakan memori sehingga 12GB RAM LPDDR5, storan sehingga 256GB, dan bateri berkapasiti 4000mAh.
Peranti ini menggunakan tri-kamera gabungan 48MP + 20MP + 12MP, selain kamera swafoto 20-megapixel.
Dari segi rekaan, boleh dikatakan ia menawarkan rekaan seumpama kebanyakkan peranti di pasaran, dan menggunakan skrin bertakuk diatas. ZTE menggunakan Android 9 Pie bersama antaramuka MiFavor 10 pada peranti ini.
Dengan pengumuman ini, kita mungkin akan dapat melihat peranti ini dipamerkan pada acara MWC 2020 kelak pada penghujung minggu ini.