TM Sedang Melihat Kepada Masalah Aduan Kesukaran Mengakses Ke Pelayan Ubisoft

Diterbitkan pada Feb 8, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak semalam, ramai pengguna rangkaian Unifi telah mula mengadu mengatakan mereka dihalang atau mengalami kesukaran untuk mengakses pelayan Ubisoft – sekaligus menjadikan sejumlah permainan sukar dimainkan.

Lanjutan daripadanya, hari ini Telekom Malaysia telah mengeluarkan kenyataan, mengatakan mereka sedang melihat kepada perkara ini.

TM Mengatakan tiada sebarang sekatan telah dilakukan mereka terhadap pelayan Ubisoft. Mereka sedang menyiasat berkaitan perkara ini bersama-sama pihak Ubisoft, dan akan berkongsi lanjut mengenainya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami