Carian
Xiaomi Mi 10 Bakal Dilancarkan Pada Peringkat Global Pada MWC 2020
February 9, 2020 Aman

Xiaomi kini telah mula mengacah acara MWC 2020 mereka pada 23 Februari 2020 kelak, dimana pengeluar popular dari China berkenaan dijangka memperkenalkan Xiaomi Mi 10 secara rasminya pada peringkat global.

Xiaomi dijangka memperkenalkan dua model pada acara MWC 2020 kelak, iaitu Mi 10 dan juga Mi 10 Pro.

Xiaomi Mi 10

Mengikut desas-desus sebelum ini, kedua-dua telefon ini dijangka hadir dengan cip Snapdragon 865, menggunakan kamera belakang 108-megapixel, dan mungkin hadir dengan sokongann memori sehingga 16GB RAM.

Xiaomi turut diperkatakan mungkin memperkenalkan peranti ini di China terlebih dahulu sebelum pelancaran rasmi di MWC 2020 kelak.

Komen