Disember tahun lalu Oppo Reno3 Pro dan Reno3 dilancarkan sebagai antara peranti terawal dengan cip Snapdragon 765G dan MediaTek Dimensity 1000L. Minggu ini Reno3 Vitality Edition pula dilancarkan di China dengan cip Snapragon 765.
Oppo Reno3 Vitality Edition dilengkapi skrin 6.4-inci AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz, memori 8GB RAM, storan 128GB, dan dilengkapi bateri sehingga 4025mAh. Ia turut menyertakan pengecasan pantas 30W VOOC 4.0, selain dilengkapi pengimbas cap jari pada skrin.
Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera utama 48MP + 8MP (ultra lebar) + 2MP (pengesan kedalaman) + 2MP (mono). Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera 32-megapixel. Kedua-dua peranti ini turut dilengkapi Android 10 dengan antaramuka ColorOS 7. Di China Oppo Reno3 Vitality Edition dijual pada harga RMB2999 (~RM 1774) sebuah.