Dengan pelbagai perkembangan semasa, kini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkongsi mengatakan mereka merancang untuk melaksanakan sistem biometrik pada pelbagai dokumen pengenalan diri dalam negara.
Langkah ini bakal memudahkan lagi untuk mengenal-pasti pemilik sebenar, dan mengelakkan penipuan atau kesilapan identiti. JPN mengatakan pelbagai dokumen dijangka mengintegrasikan sokongan biometrik, termasuk sijil perkahwinan, sijil warganegara, sijil kelahiran, dan yang lain.
Pada hari ini, identiti penduduk lebih bergantung kepada cap jari. Tetapi, dengan implementasi baru ini, JPN akan menambah sejumlah data tambahan pada dokumen pengenalan diri dari segi biometrik, termasuk pengecaman wajah, dan mungkin menambah elemen seperti Bank Data DNA.
Buat masa ini, ia hanya pada peringkat cadangan sahaja. Sebuah kajian akan dijalankan untuk pelaksanaan penambahan sistem biometrik ini.