Penganjur MWC Mengetatkan Lagi Kadar Kawalan Disebabkan Oleh Koronavirus

Penganjur MWC Mengetatkan Lagi Kadar Kawalan Disebabkan Oleh Koronavirus

Diterbitkan pada Feb 10, 2020 oleh .

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, kita telah melihat sejumlah pengeluar yang mengambil berat berkaitan penglibatan dalam acara MWC 2020, dan ada beberapa yang telah mula membatalkan penyertaan – termasuk NVIDIA, Ericsson, dan juga LG.

Selari dengannya, kini pihak penganjurnya, GSMA telah pun mengumumkan yang mana mereka akan memperketatkan lagi kadar kawalan di MWC 2020 kelak.

Antara langkah yang telah diambil oleh pihak GSMA adalah termasuk tidak memberikan akses kepada pengunjung dari Hubei, China. Selain itu, mereka yang telah ke China turut perlu memberikan bukti yang mereka telah berada di luar China untuk tempoh lebih 14 hari.

GSMA juga turut akan mengambil imbasan kadar suhu badan pada acara MWC 2020 kelak.


TIPS & ULASAN