Carian
Samsung Memperlihatkan Galaxy Z Flip Melalui Iklan Ringkas Bersempena Oscar
February 10, 2020 Aman

Samsung hari ini membuat kejutan dan telah pun memperlihatkan telefon pintar terbaru yang masih belum diumumkan secara rasminya kepada orang awam, iaitu Galaxy Z Flip.

Samsung telah pun memainkan iklan ringkas ketika acara Oscar Academy Award, sekaligus memperlihatkan apa yang bakal dibawakan oleh telefon pintar berkenaan.

Iklan ringkas ini menunjukkan secara jelas rekaan telefon berkenaan yang boleh dilipat, selain menunjukkan kerangka berwarna ungu bakal menjadi model utama untuk Galaxy Z Flip kelak.

Samsung bakal melancarkannya secara rasmi pada 12 Februari 2020 ini, dimana kita akan mendengar lebih lanjut berkaitan peranti ini.

Komen