Huawei Nova 7i Berharga RM1099 Di Malaysia
Aman
Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan melalui laman sosial mereka, dimana Huawei Nova 7i akan berharga RM1099 di Malaysia. Pra-tempahan untuk peranti ini akan dibuka bermula 14 Februari sehingga 21 Februari 2020 ini, dan mereka yang melakukan pra-tempahan akan menerima Huawei Band 4 secara percuma.

Huawei Nova 7i hadir dengan skrin 6.4-inci, dijana cip Kirin 810, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 128GB. Ia turut hadir dengan empat kamera dibelakang dengan sensor utama 48-megapixel, selain bateri berkapasiti 4200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W.
Bagi anda yang berhasrat mendapatkan telefon pintar terbaru Huawei, mungkin boleh menyemak penawaran Nova 7i ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.