Oppo Mengesahkan Oppo Find X2 Akan Menyertakan Skrin 120Hz Dan Cip Snapdragon 865

Oppo Mengesahkan Oppo Find X2 Akan Menyertakan Skrin 120Hz Dan Cip Snapdragon 865

Diterbitkan pada Feb 10, 2020 oleh .

Oppo telah pun mengumumkan mereka bakal melancarkan Oppo Find X2 secara rasminya di acara MWC 2020 pada 22 Februari kelak. Selari dengannya, kini pihak Oppo Malaysia turut berkongsi beberapa informasi lanjut mengenai peranti berkenaan.

Menurut Oppo Malaysia, telefon pintar ini telah pun menerima pengesahan 5G di Malaysia, dan ia akan ditawarkan di Malaysia secepat mungkin.

Oppo turut mengesahkan yang mana Oppo Find X2 akan menyertakan skrin 120Hz bersama dengannya, selain dijana cip Snapdragon 865.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 22 Februari ini untuk mendengar lanjut mengenai penawaran peranti ini.



TIPS & ULASAN