Cari @ Amanz

Sejak tahun lepas, kita telah mula melihat satu demi satu penyedia perkhidmatan dompet digital menyokong DuitNow QR. Hari ini, pihak Touch ’n Go eWallet turut mengumumkan perkara sama, dan mengatakan akan menyokongnya menjelang Julai 2020 kelak.

DuitNow QR merupakan salah satu set piawaian QR yang disokong oleh PayNet – membolehkan pelbagai dompet digital menggunakan kod QR yang sama untuk transaksi. Ini sekaligus memudahkan lagi proses, selain tidak memerlukan peniaga untuk mempunyai paparan pelbagai variasi kod QR berbeza di kedai-kedai mereka.

Disamping itu, penggunaan DuitNow QR juga memudahkan peniaga memandangkan ia boleh dihubungkan terus ke akaun bank – dan tidak perlu menggunakan sistem khas penyedia dompet digital berkenaan sendiri.

Dengan implementasi DuitNow QR pada dompet digital Touch ’n Go, ia akan memudahkan lagi proses pembayaran dan penerimaan pembayaran. Selain Touch ’n Go eWallet, pelbagai bank dan penyedia dompet digital turut dijangka akan mengimplementasikan integrasi DuitNow QR dalam tempoh 9 bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd