Samsung Galaxy A51 & Galaxy A71 – Menyokong Pengecasan Pantas Untuk Kegunaan Sepanjang Hari

Samsung Galaxy A51 & Galaxy A71 – Menyokong Pengecasan Pantas Untuk Kegunaan Sepanjang Hari

Diterbitkan pada Feb 20, 2020 oleh .

Samsung Galaxy A51 dan Galaxy A71 merupakan sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang baru dilancarkan di pasaran Malaysia. Walaupun kedua-dua telefon pintar ini merupakan telefon pintar daripada kelas pertengahan, kapasiti bateri yang ditawarkan adalah antara ciri yang membuatkannya lebih berbaloi untuk dimiliki.

Bagi Samsung Galaxy A51, telefon pintar ini membawakan bateri berkapasiti 4000 mAh dengan sokongan Adaptive Fast Charging 15W. Tambahan pula sistem bateri ini juga dilengkapi dengan fungsi Adaptive Battery yang dikatakan mampu untuk membantu ketahanan bateri untuk bertahan dengan lebih lama. Fungsi ini menggunakan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin pada peranti untuk mempelajari corak penggunaan aplikasi pada telefon pintar sekaligus dapat mengoptimumkan penggunaan bateri. Ini membolehkan anda untuk menggunakan telefon pintar ini sepanjang hari.

Manakala untuk Samsung Galaxy A71 pula, telefon pintar ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4500 mAh bersama sistem pengecasan Super Fast Charging 25W yang dikatakan mampu untuk mendapatkan jangka hayat bateri 55% untuk sekali pengecasan selama 30 minit. Dengan kapasiti bateri sebesar ini, ia membolehkan anda untuk mendapatkan pengalaman penggunaan yang lebih lama tanpa sebarang masalah. Namun, adalah diingatkan bahawa jangka hayat baterinya bergantung kepada kadar penggunaan peranti ini.

Malah, sekiranya anda pemain permua yang tegar, telefon pintar ini sesuai untuk anda. Ini kerana ia dilengkapi dengan fungsi Game Booster yang akan mengoptimasikan penggunaan bateri pada telefon pintar ini, sekaligus membolehkan anda untuk menikmati pengalaman penggunaan yang lebih lama. Kini anda tidak perlu risau prestasi permainan anda terganggu disebabkan kehabisan bateri kerana Samsung Galaxy A51 dan Galaxy A71 adalah penyelamat anda.

Ini jelas sekali menjadikan telefon pintar ini sebagai telefon pintar daripada kelas pertengahan dengan kapasiti bateri seumpama peranti mercu. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan telefon pintar Samsung Galaxy A51 dan Galaxy A71 ini, bolehlah dapatkannya melalu pengedar-pengedar rasmi Samsung di seluruh Malaysia. Untuk pasaran tempatan,  Galaxy A71 ditawarkan pada harga RM1799 kerana spesifikasinya yang lebih besar daripada Galaxy A51 yang dijual pada harga RM1299.

Layari : Laman Rasmi Samsung Untuk Maklumat Lanjut

Penafian: Advertorial daripada Samsung Malaysia


TIPS & ULASAN