Cari @ Amanz

Foxconn ialah syarikat yang dipertanggungjawabkan mengilangkan peranti pelbagai pengeluar seperti iPhone. Kilang mereka ditutup sempena perayaan Tahun Baru China tetapi akibat wabak koronavirus baharu, terdapat arahan dari kerajaan untuk tidak memulakan semula pengeluaran. Menurut laporan Reuters hari ini, Foxconn telah dibenarkan untuk memulakan semula operasi dia dua lokasi tetapi hanya 10% pekerja sahaja telah kembali.

Situasi ini berlaku kerana minggu lalu terdapat laporan kerajaan China menghalang kilang-kilang dari beroperasi selepas 9 Februari bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak. Kerajaan China kemudian menyangkal laporan arahan ini diberikan.

Akibat wabak koronavirus, penganalisa meramalkan pengeluaran peranti di China akan berkurangan sebanyak 25% pada suku pertama 2020 dengan Apple terjejas sehingga 10%.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd