Cari @ Amanz

Rekaan Galaxy Z Flip telahpun didedahkan sendiri secara rasmi oleh Samsung semalam. Tetapi seperti biasa semakin hampir kita kepada majlis pelancaran, semakin banyak maklumat rasmi mengenai peranti mula tertiris ke arena web. Pagi ini giliran video promosi Galaxy Z Flip Thom Browne Edition pula muncul lebih awal dari sepatutnya dan juga berkas yang akan diterima pembeli.

Galaxy Z Flip Thom Browne Edition hadir dengan kerangka pelindung edisi terhad lengkap dengan tiga jalur berwarna merah, biru dan putih. Turut disertakan ialah sebuah Galaxy Buds+ serta Galaxy Watch Active 2 dengan rekaan tri-warna yang sama. Pembeli peranti ini akan menerima kotak khas yang mengandungi kesemua peranti dan aksesori. Terdapat laporan Galaxy Z Flip Thom Browne Edition akan dijual pada harga $2000 (~RM8283) kelak.

Ini ialah satu-satunya edisi khas rasmi Galaxy Z Flip yang akan dilancarkan Samsung. Namun begitu Caviar turut telah melancarkan edisi terhad Galaxy Z Flip edisi Joker dan Harley Quinn mereka sendiri semalam dengan harga mencecah RM20,000 sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd