British Airways hari ini baru sahaja dilaporkan telah memecah rekod penerbangan subsonik (dibawah kelajuan bunyi) yang terpantas di dunia dari London ke New York.
Penerbangan tersebut menggunakan kapal terbang Boeing 747 dan ia terbang selaju 865mph, ataupun 1392km/j, mengambil masa 4 jam 56 minit sahaja, dimana kebiasaannya ia akan mengambil sekitar 6 jam 13 minit untuk melengkapkan penerbangan tersebut.
Kelajuan tambahan tersebut adalah melalui bantuan aliran jet yang selaju 200mph ataupun 320km/j dan ini mempercepatkan penerbangan British Airways tersebut. Secara teknikalnya, kelajuan ini lebih pantas daripada kelajuan bunyi, tetapi aliran udara tidak membenarkan kapal terbang ini untuk menembusi rintangan bunyi.
Fastest across the Atlantic tonight from New York to London so far is #BA112 at 4hr56m. #VS4 in 4:57, and #VS46 in 4:59. https://t.co/gfYoHGV3Y6https://t.co/kMhjCqdEtt
If we're not mistaken, BA now retakes the fastest subsonic NY-London crossing from Norwegian. pic.twitter.com/Sr1GPeAjuh
— Flightradar24 (@flightradar24) February 9, 2020
Melalui kicauan Flightradar24, penerbangan ini merupakan penerbangan subsonik terpantas setakat ini, dan memintas penerbangan Norwegian Air sebelum ini.